BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 27, 2009

mencari jodoh

Memang benar selepas berpisah kita akan membawa haluan masing-masing dan mempunyai kehidupan sendiri dan salah satu kehidupan yang akan kita hadapi adalah jodoh. Sememangnya kita selalu berpendapat bahawa jodoh kita telah ditentukan oleh Allah semenjak azali dan justeru ada yang berpendapat kita hanya perlu tunggu apabila masanya telah sampai. Saya pun berpendapat begitu sehingga ke hari ini saya sedar selepas mendengar satu buah pendapat daripada satu majlis ilmu. kita juga seharusnya berusaha mencari jodoh kita….kalau difikirkan suatu masa dahulu di Kolej atau dimana-mana pun, orang sekeliling memang suka “menjodohkan” orang lain. tetapi adakah benar itu jodoh kita??adakah jodoh itu disalurkan daripada Allah melalui orang lain??mungkin juga.

Jadi disini saya ingin berkongsi doa yang mungkin coming handy untuk ringankan jodoh. Jadi bolehlah amalkan. Bagi sesiapa yang LONELY bleh juga amalkan doa ini sebelum temuduga. Hal ini kerana doa ini juga adalah doa untuk menghadapi ujian semasa ditemuduga. SELAMAT MENCUBA!!!

Surah yusuf ayat 4

Surah al-anbia ayat 89(doa nabi Zakaria)


Surah al-qasas ayat 24(doa nabi musa)


Peringatan!!
Hal ini tiada kaitan dengan yang hidup dan yang telah meninggal dunia.

0 comments: